Alhamdulillah hari ini diberikan kesempatan masa untuk menulis. Sebenarnya Kakak bukan tabu sangat pun macam habang-habang yang dah mengkaji enjin vespa ni. Cuma, Kakak share apa yang Kakak tahu k.
![]() |
Laju-laju nak ke mana bang haji 😝😝 |
Kakak sering dihujani pertanyaan 'Kak blok mana best?' 'Kak, blok apa power?'
Soooooooryyyyyyyy! 🙏🙏🙏 Kakak tak ade jawapan yang TEPAT untuk pertanyaan abang-abang sang pemburu kelajuan. Jawapannya tetap, tengok ketebalan poket masing-masing.
Firstly, meh kita jalan-jalan dalam enjin. Kenal sikit-sikit si penghuni enjin.
Ajummmm kita tengok komponen-komponen enjin yang kita dok puja-puja. Bukan apa, at least you know your engine very well. So that, we can diagnose where the problem might come from.
Komponen Enjin Vespa secara asas:
1.Crankshaft
2. Conrod
3. Bearing + washer conrod
4. Gudgeon pin bearing
5. Nut Flywheel
6. Lock washer fanwheel
7. Woodruf key flywheel
8. Nut
9. Locking washer
10. Woodruf key clutch
11. Oilseal
12. Bearing
13. Oil seal crankshaft clutch
14. Circlip
15. Bearing
16. Cylinder kit
17. Cylinder head
18. Gasket
19. Piston
20. Piston ring
21. Gudgeon pin
22. Gudgeon pin clip
23. Spark plug
Haaaaa begitulah daftar komponen enjin masing-masing. Ahhh Abang-abang power kan, mesti la arif. Gitewwww.
Okay, biasanya kalau korang dah mula usik enjin, part yang korang kena consider antaranya ialah crankshaft, oilseed, bearing, cylinder, fuel tap and so on. Haaaa jadi, betul ke ni nak tukar enjin?
Banyak makan modal tauuuu.. Tapi kalau ada bajet, proceed ajeeee. Bukan apa, kembung perut nanti makan asap kengkawan bang. 😂😂😂 Kakak dah rasa.
Sebenarnya banyak pilihan after market untuk cylinder dan crankshaft yang ada dalam pasaran. Serius. Tinggal dengar Foreman recommend apa ja. Haaaa mangan lupa Kakak pernah berpesan, mafthumnya : Carilah dalam kalandan kamu foreman yang reliable, supaya tak kena kos double 😇
Okay sini akk share jenama after market untuk cylinder yang bleh korang pertimbangkan..
After market brand for CYLINDER for 150/200
1. Quattrini
2. Malossi
3. Pinasco
4. Polini
5. DR
6. SIP
7. Serie Pro
8. BGM
and others...
So ikut korang laaaa nak pakai blok biaas tau long stroke. Nak 57mm ke 60mm. Okay Kakak kongsikan gambar cylinder yang popular dengan enjin 200.
![]() |
Quattrini 244 - For race only |
![]() |
Kuat terkini 244 - Credit picture : Nabil |
![]() |
Lagi sisi jahat Quattrini |
Hat 244 ni wajib pakai crankshaft dia jugak. Dia ajet-ajet sikit macam Iphone. Nak apa-apa semda dengan Epal kena gigit je. Kos barang + pasang Kakak rasa korang wajib standby RM6XXX. Layan lagi gambar kat sini nahhhh.. Bukan senang Kakak nak menulis panjang gini...
![]() |
😲😲😲 |
![]() |
Crankshaft pun Quat jugakkk.. Quat tak Quat la khennn! |
![]() |
Racing Cylinder Malossi 221 Graphite MHR Edition |
Melalui kenalan Kakak yang rajin bertanya dalam forum, the best block for touring is Malossi Sport 210 (ini orang UK kata, bukan Kakak mandai-mandai ye!) Korang nak tahu, korang gali sendiri 😆
Ada seorang kenalan rapat Kakak, dia memang pakai Malossi 210, carb duduk dah bertahun steady. Kenalan rapat Kakak ni bukan main-main punga comel tau. Bapak segala comel. Jadi Kakak boleh simpulkan Malossi ni antara blok yang rekmen sangat oihhhh. Blok paling BOLEH PAKAI dan sesuai dengan pemanduan di Malaysia oh Tanah Airku.
Next kita pergi pula kat blok pinasco. Pinasco untuk enjin 200 ada 215 dan 225. Blok ni Kakak pun tak tau macam mana performancenya. Tapi Kakak pilih blok daripada pengeluar ini. Sebab kakak nak cuba jadi lab rat 😅😅😅 Layan gambar blok ni jap nahhh.
![]() |
Pinasco Race 9TX |
Haaaa ini pula apabila dah plug in dekat crankcase Kakak.. Tapi Kakak dok pikiaq, larat ke nak kick ni nanti. Dah le tak berapa nak bosar badan Kakak ni. Ahahaha
![]() |
Gitewww.. Lubang exhaust luas, barulah lancorrr! |
![]() |
Hitam Putih kehidupan yang penuh ranjau 😬 |
Nak komen banyak-banyak Kakak tak reti sangat aih. Korang google aje la semua-semua ni.. Ahahaha boleh gitew? Kalau ada nak tanya, ws Kakak sajor nahhhhh.. Kakak balas kalau ada jawapan. Kalau tak de, blue tick je Kakak data bagi. Kbye!
Okay, seterusnya Kakak pernah juga order blok Polini. Keistimewaan blok ini adalah blok Besi. Jadi korang boleh rebore up to 5 times. Hihi dah jimat dah kat situ kan.. Layan video kami unbox blok ini nahhhh..
![]() |
Gini la ropenyerrr |
Udah-udah Kakak kepenatan untuk menulis. Kakak baru lepas packing baju nak balik ghayoo. Nak banyak lagi maklumat, mengkome rajin-rajin la jalan dalam youtube. Korek-korek sikit. Bak kata si dia, tak pe relajar jadi orang noob. Jadi orang tak tau. Jadi bodoh. Sekurang-kurangnya kita usaha untuk belajar sesuatu.
Tapi kalau keping ko tebal, ko suruh aje Foreman buat semua. Ko standby tebal-tebal sikit. Semua setel, tak payah pening-pening 💆💆