Wednesday, May 9, 2018

Vespa Rim 12. Boleh ke?

Assalamualaikum...

Hai peminat tegar vespa!

Kakak sering di-PM oleh pemilik tegar vespa bertanyakan hal yang satu ini... 'Kak, rim 12 berapa?' Biasanya kakak tak terus beri harga, kakak sembang-sembang sket. Maklum ajelah kakak ni ala-ala makcik bawang kalau cerita pasal vespa ni. ADDICTED.

Seronok sembang-sembang bukan Upsell ekkk. Kakak share apa-apa yang kakak tahu. 
Cause I were at your shoes. I've been thru the journey before you, guys. Believe me! It,s suck!


Masterpiece kakak with rim 12 inch #VE727 Wallaaaaa 😍😍

Okay kat sini kakak nak share sikit, kalau nak convert kepada rim 12, sebenarnya memerlukan modal yang agak tinggi. Kerana banyak alat ganti diperlukan untuk menambah ke-macho-an jentera kesayangan anda. Tak melampau untuk kakak declare kosnya dapat sebiji beg LV di Pavi! Gila vavi taw! So guys, think twice. Keping tebal, proceed sajor!

Pada pandangan kakak, untuk convert kepada rim 12, perkara pertama perlu diambil kira bukan rim apa nak pakai, itu senang dapat. Tapi pada kakak, perlu fikirkan SIAPA FOREMAN yang akan bikin motor korang. Carilah yang pakar. Yang dah biasa buat kerja convert-mengconvert ni. One word to describe it is reliable.

Sebab apa? Sebab ini bukan alat ganti asal. Ini memerlukan major ubah suai. Tayar ni pada kakak, nyawa. Ia bawa nyawa si penunggang dan pembonceng. Silap sikit, nyawa melayang. Okay dah lepas tentukan foreman, tetapkan bajet pulak. Buka online banking, tengok BAKI akaun. Ada lebih 3XXX ke atas, jalannnnn.

Dah lepas dua crutial things ni, then baru fikirkan alat ganti yang sesuai. Antara yang wajib ialah conversation HUB sebab hub yang standart saiz sudah lari. Kena tukar depan belakang. Kos pada Mei 2018 ini, lebih kurang RM8XX. Conversation hub ini, kakak sarankan pakai yang betul2 menjual benda alah ini sebab dia CNC ya. Banyak benda lain kakak jual kecuali conversation hub ni. Boleh hubungi FB Straits' Runner untuk dapatkannya. Kat bawah ini kakak sertakan rupa bentuk dia.

Hub belakang : Sumber gambar FB Straits' Runner
Conversation Hub

Haaaa lepas tu barulah korang fikir nak pakai rim apa kat vespa korang. Kalau 12 inci yang fofuler kat Malaysia ialah jenis GTS  atau Sprint atau MP3 yang sap-sap soi mengubah penampilan motor korang. Range harga baru (import daripada Europe) ialah 9XX hingga 1XXX.


Rim Sprint yang ganteng! 


Wahhhh happynya korang dah ada rim kan. Nih kakak nak pesan, jangan nak happy angat aih. Banyak lagi list dia kalau nak betul2 velanja! Axle seating boleh pakai original motor PX punya. So jimat sikit. Tapi kalau ngade-ngade taik kuda macam orang tu, bolehlah usha-usha AF Parts punya axle. Ada AF Tourer dan AF Race. Nilai pelaburan 8XX hingga 1XXX.  Gini lah main vespa, tak de yang puluh-puluh kecuali Oil Seal Corteco, yang lain semua main ratus-ratus, ribu-ribu je. Gila! Kalau nak pakai yang CNC pun Straits' Runner ada jual.


'Kak, boleh pakai tak disc asal?' Tanya Ahmad kepada Aminah.

Mehhhh akk nak jawab, motor kita, kita punya selera. Jangan ikut-ikut orang. Sebab hujung-hujung poket kita yang tipis. Faham? Boleh aje nak pakai disc asal tu. Terpulang. Tiada paksaan. Tapi, time nak beli hub tu, tanya si penjual betul-betul, ni disc apa boleh masuk bang? Kang dia jawan disco dik! Masak kau jang! Rim yang popular adalah daripada jenama Galfer, Malossi dan Polini. Jadi cek betul-betul yang mana korang nak pakai. Bentuk mana yang membuatkan korang jatuh cinta pandang pertama.

Galfer Disc

Polini Floating Disc


Dah elok-elok ada disc asal, nak tukar pulak antara 3 ni. Pastu tengok pulak caliper motor. Eh lain macam pulak yang ada ni. Macam sopan sangat. Lain-lain dah ganazzz ni. Maka korang akan mula lah membelek-belek caliper untuk dipadankan dengan rim + disc tadi. Ada banyak pilihan yang korang ada dalam pasaran after market ya. Tapi paling popular ialah Stage 6. Korang scroll balik kat atas tu eh, kakak malas nak cari gambar lain. Kahkakah 😂😂 Range harga RM4XX-5XX

Okay sekarang dah nampak la sikit perubahan pada motor terutamanya bahagian hadapan tu kan? Absorber nak tukar ke? Ikut ngko lerrr.. Nak order mai habaq kat kakak! Kalau diizinkan Allah dan ada bajet lagi dalam RM9XX - RM2XXX, boleh pertimbangkan Penyerap hentakan (Absorber) BGM, SIP atau Bibuto. Eh silap, Bitubo! Kalau pakai ini je, automatik terus pehhhh... (poyo kan)

Hmmm rasanya dah cukup la untuk kakak kongsikan alat ganti untuk mengkacakkan vespa korang. Lain post nanti kakak kongsi tentang aksesori lain untuk bahagian yang paling mudah menarik perhatian 'eye catcher' dalam dunia ni. Komuniti kita tak ramai, pi mai pi mai, tang tu jugak. Seperti yang kakak cakap tadi, ikut kemampuan dan minat.

Kakak nak pesan sikit  main vespa ni pelaburan wang yang tidak menguntungkan pada masa hadapan, tetapi suatu bentuk kepuasan yang sukar diungkapkan. 

Picit link kat bawah sini kalau nak nyembang dengan kakak bawang!

Authorized dealer for scooter parts.
VESCOOT
+6012 7878654




No comments:

Post a Comment