Wednesday, June 13, 2018

QUATTRINI vs MALOSSI vs PINASCO: Nak pakai blok mana ni?




Assalamualaikum dan salam 28 Ramadan semua.

Alhamdulillah hari ini diberikan kesempatan masa untuk menulis. Sebenarnya Kakak bukan tabu sangat pun macam habang-habang yang dah mengkaji enjin vespa ni. Cuma, Kakak share apa yang Kakak tahu k.

Laju-laju nak ke mana bang haji 😝😝

Kakak sering dihujani pertanyaan 'Kak blok mana best?' 'Kak, blok apa power?' 
Soooooooryyyyyyyy! 🙏🙏🙏 Kakak tak ade jawapan yang TEPAT untuk pertanyaan abang-abang sang pemburu kelajuan. Jawapannya tetap, tengok ketebalan poket masing-masing. 

Firstly, meh kita jalan-jalan dalam enjin. Kenal sikit-sikit si penghuni enjin. 

Ajummmm kita tengok komponen-komponen enjin yang kita dok puja-puja. Bukan apa, at least you know your engine very well. So that, we can diagnose where the problem might come from. 

Komponen Enjin Vespa secara asas: 

1.Crankshaft
2. Conrod
3. Bearing + washer conrod
4. Gudgeon pin bearing
5. Nut Flywheel
6. Lock washer fanwheel
7. Woodruf key flywheel
8. Nut
9. Locking washer
10. Woodruf key clutch
11. Oilseal
12. Bearing
13. Oil seal crankshaft clutch 
14. Circlip 
15. Bearing
16. Cylinder kit
17. Cylinder head
18. Gasket
19. Piston
20. Piston ring
21. Gudgeon pin
22. Gudgeon pin clip
23. Spark plug

Haaaaa begitulah daftar komponen enjin masing-masing. Ahhh Abang-abang power kan, mesti la arif. Gitewwww.

Okay, biasanya kalau korang dah mula usik enjin, part yang korang kena consider antaranya ialah crankshaft, oilseed, bearing, cylinder, fuel tap and so on. Haaaa jadi, betul ke ni nak tukar enjin?
Banyak makan modal tauuuu.. Tapi kalau ada bajet, proceed ajeeee. Bukan apa, kembung perut nanti makan asap kengkawan bang. 😂😂😂 Kakak dah rasa. 

Sebenarnya banyak pilihan after market untuk cylinder dan crankshaft yang ada dalam pasaran. Serius. Tinggal dengar Foreman recommend apa ja. Haaaa mangan lupa Kakak pernah berpesan, mafthumnya : Carilah dalam kalandan kamu foreman yang reliable, supaya tak kena kos double 😇 

Okay sini akk share jenama after market untuk cylinder yang bleh korang pertimbangkan..

After market brand for CYLINDER for 150/200
1. Quattrini
2. Malossi
3. Pinasco
4. Polini
5. DR
6. SIP
7. Serie Pro
8. BGM
and others...

So ikut korang laaaa nak pakai blok biaas tau long stroke. Nak 57mm ke 60mm. Okay Kakak kongsikan gambar cylinder yang popular dengan enjin 200. 


Quattrini 244  - For race only
Haaa enjin ni kira penghabisan step untuk 200 lah. Sebab kalau nak pakai BSG mahal benor. Tapi Kakak yakin, satu hari nanti mesti ada orang Mesia ni sarung. Ekekeke maklum aje, Malaysia Boleh! Kalau Kakak, idok ler nak ngabiskan duit tabung ayam beli blok ini. Harga lingkungan RM3XXXk. Kakak paling jauh touring pun dari IG ke FB 😜😜 Golongan bangsawan sajak ahhh pakai blok ni. Quattrini ni memang idaman kekita lah pendek kato..  

Kuat terkini 244 - Credit picture : Nabil

Lagi sisi jahat Quattrini

Hat 244 ni wajib pakai crankshaft dia jugak. Dia ajet-ajet sikit macam Iphone. Nak apa-apa semda dengan Epal kena gigit je. Kos barang + pasang Kakak rasa korang wajib standby RM6XXX. Layan lagi gambar kat sini nahhhh.. Bukan senang Kakak nak menulis panjang gini...

😲😲😲

Crankshaft pun Quat jugakkk.. Quat tak Quat la khennn!

Okayyy kita teruskan lagi pengembaraan dengan blok pilihan kedua, Malossi.


Racing Cylinder Malossi 221 Graphite MHR Edition
Ini pun salah satu idaman para pemulas throttle. Malossi antara reliable brand dan mampu milik oleh rakyat Marhaen macam kita-kita ni. Customer Kakak banyak order Malossi jenis ini mahupun MHR 221 atau Sport 210. Semuanya best <-- customer kata! 

Melalui kenalan Kakak yang rajin bertanya dalam forum, the best block for touring is Malossi Sport 210 (ini orang UK kata, bukan Kakak mandai-mandai ye!) Korang nak tahu, korang gali sendiri 😆


Malossi MHR 221 : Made in Italy
Ada seorang kenalan rapat Kakak, dia memang pakai Malossi 210, carb duduk dah bertahun steady. Kenalan rapat Kakak ni bukan main-main punga comel tau. Bapak segala comel. Jadi Kakak boleh simpulkan Malossi ni antara blok yang rekmen sangat oihhhh. Blok paling BOLEH PAKAI dan sesuai dengan pemanduan di Malaysia oh Tanah Airku. 

Next kita pergi pula kat blok pinasco. Pinasco untuk enjin 200 ada 215 dan 225. Blok ni Kakak pun tak tau macam mana performancenya. Tapi Kakak pilih blok daripada pengeluar ini. Sebab kakak nak cuba jadi lab rat 😅😅😅 Layan gambar blok ni jap nahhh.



Pinasco Race 9TX 

 Haaaa ini pula apabila dah plug in dekat crankcase Kakak.. Tapi Kakak dok pikiaq, larat ke nak kick ni nanti. Dah le tak berapa nak bosar badan Kakak ni. Ahahaha

Gitewww.. Lubang exhaust luas, barulah lancorrr!

Hitam Putih kehidupan yang penuh ranjau 😬
Nak komen banyak-banyak Kakak tak reti sangat aih. Korang google aje la semua-semua ni.. Ahahaha boleh gitew? Kalau ada nak tanya, ws Kakak sajor nahhhhh.. Kakak balas kalau ada jawapan. Kalau tak de, blue tick je Kakak data bagi. Kbye!

Okay, seterusnya Kakak pernah juga order blok Polini. Keistimewaan blok ini adalah blok Besi. Jadi korang boleh rebore up to 5 times. Hihi dah jimat dah kat situ kan.. Layan video kami unbox blok ini nahhhh..

Excited kawan Kakak ni khennn..
Gini la ropenyerrr
Haaaa ini aje yang popular dalam kalangan kita. Yang lain-lain pun ada tetapi kurang mendapat perhatian. Haaa suami kakak pesan, Kalau nak sedap ace try usik-usik exhaust. Tapi kita selalu takut nak buat sebab blok bukan Murah kannnn! Selamat mencuba guys! 

Udah-udah Kakak kepenatan untuk menulis. Kakak baru lepas packing baju nak balik ghayoo. Nak banyak lagi maklumat, mengkome rajin-rajin la jalan dalam youtube. Korek-korek sikit. Bak kata si dia, tak pe relajar jadi orang noob. Jadi orang tak tau. Jadi bodoh. Sekurang-kurangnya kita usaha untuk belajar sesuatu.

Tapi kalau keping ko tebal, ko suruh aje Foreman buat semua. Ko standby tebal-tebal sikit. Semua setel, tak payah pening-pening 💆💆


Wednesday, May 9, 2018

Vespa Rim 12. Boleh ke?

Assalamualaikum...

Hai peminat tegar vespa!

Kakak sering di-PM oleh pemilik tegar vespa bertanyakan hal yang satu ini... 'Kak, rim 12 berapa?' Biasanya kakak tak terus beri harga, kakak sembang-sembang sket. Maklum ajelah kakak ni ala-ala makcik bawang kalau cerita pasal vespa ni. ADDICTED.

Seronok sembang-sembang bukan Upsell ekkk. Kakak share apa-apa yang kakak tahu. 
Cause I were at your shoes. I've been thru the journey before you, guys. Believe me! It,s suck!


Masterpiece kakak with rim 12 inch #VE727 Wallaaaaa 😍😍

Okay kat sini kakak nak share sikit, kalau nak convert kepada rim 12, sebenarnya memerlukan modal yang agak tinggi. Kerana banyak alat ganti diperlukan untuk menambah ke-macho-an jentera kesayangan anda. Tak melampau untuk kakak declare kosnya dapat sebiji beg LV di Pavi! Gila vavi taw! So guys, think twice. Keping tebal, proceed sajor!

Pada pandangan kakak, untuk convert kepada rim 12, perkara pertama perlu diambil kira bukan rim apa nak pakai, itu senang dapat. Tapi pada kakak, perlu fikirkan SIAPA FOREMAN yang akan bikin motor korang. Carilah yang pakar. Yang dah biasa buat kerja convert-mengconvert ni. One word to describe it is reliable.

Sebab apa? Sebab ini bukan alat ganti asal. Ini memerlukan major ubah suai. Tayar ni pada kakak, nyawa. Ia bawa nyawa si penunggang dan pembonceng. Silap sikit, nyawa melayang. Okay dah lepas tentukan foreman, tetapkan bajet pulak. Buka online banking, tengok BAKI akaun. Ada lebih 3XXX ke atas, jalannnnn.

Dah lepas dua crutial things ni, then baru fikirkan alat ganti yang sesuai. Antara yang wajib ialah conversation HUB sebab hub yang standart saiz sudah lari. Kena tukar depan belakang. Kos pada Mei 2018 ini, lebih kurang RM8XX. Conversation hub ini, kakak sarankan pakai yang betul2 menjual benda alah ini sebab dia CNC ya. Banyak benda lain kakak jual kecuali conversation hub ni. Boleh hubungi FB Straits' Runner untuk dapatkannya. Kat bawah ini kakak sertakan rupa bentuk dia.

Hub belakang : Sumber gambar FB Straits' Runner
Conversation Hub

Haaaa lepas tu barulah korang fikir nak pakai rim apa kat vespa korang. Kalau 12 inci yang fofuler kat Malaysia ialah jenis GTS  atau Sprint atau MP3 yang sap-sap soi mengubah penampilan motor korang. Range harga baru (import daripada Europe) ialah 9XX hingga 1XXX.


Rim Sprint yang ganteng! 


Wahhhh happynya korang dah ada rim kan. Nih kakak nak pesan, jangan nak happy angat aih. Banyak lagi list dia kalau nak betul2 velanja! Axle seating boleh pakai original motor PX punya. So jimat sikit. Tapi kalau ngade-ngade taik kuda macam orang tu, bolehlah usha-usha AF Parts punya axle. Ada AF Tourer dan AF Race. Nilai pelaburan 8XX hingga 1XXX.  Gini lah main vespa, tak de yang puluh-puluh kecuali Oil Seal Corteco, yang lain semua main ratus-ratus, ribu-ribu je. Gila! Kalau nak pakai yang CNC pun Straits' Runner ada jual.


'Kak, boleh pakai tak disc asal?' Tanya Ahmad kepada Aminah.

Mehhhh akk nak jawab, motor kita, kita punya selera. Jangan ikut-ikut orang. Sebab hujung-hujung poket kita yang tipis. Faham? Boleh aje nak pakai disc asal tu. Terpulang. Tiada paksaan. Tapi, time nak beli hub tu, tanya si penjual betul-betul, ni disc apa boleh masuk bang? Kang dia jawan disco dik! Masak kau jang! Rim yang popular adalah daripada jenama Galfer, Malossi dan Polini. Jadi cek betul-betul yang mana korang nak pakai. Bentuk mana yang membuatkan korang jatuh cinta pandang pertama.

Galfer Disc

Polini Floating Disc


Dah elok-elok ada disc asal, nak tukar pulak antara 3 ni. Pastu tengok pulak caliper motor. Eh lain macam pulak yang ada ni. Macam sopan sangat. Lain-lain dah ganazzz ni. Maka korang akan mula lah membelek-belek caliper untuk dipadankan dengan rim + disc tadi. Ada banyak pilihan yang korang ada dalam pasaran after market ya. Tapi paling popular ialah Stage 6. Korang scroll balik kat atas tu eh, kakak malas nak cari gambar lain. Kahkakah 😂😂 Range harga RM4XX-5XX

Okay sekarang dah nampak la sikit perubahan pada motor terutamanya bahagian hadapan tu kan? Absorber nak tukar ke? Ikut ngko lerrr.. Nak order mai habaq kat kakak! Kalau diizinkan Allah dan ada bajet lagi dalam RM9XX - RM2XXX, boleh pertimbangkan Penyerap hentakan (Absorber) BGM, SIP atau Bibuto. Eh silap, Bitubo! Kalau pakai ini je, automatik terus pehhhh... (poyo kan)

Hmmm rasanya dah cukup la untuk kakak kongsikan alat ganti untuk mengkacakkan vespa korang. Lain post nanti kakak kongsi tentang aksesori lain untuk bahagian yang paling mudah menarik perhatian 'eye catcher' dalam dunia ni. Komuniti kita tak ramai, pi mai pi mai, tang tu jugak. Seperti yang kakak cakap tadi, ikut kemampuan dan minat.

Kakak nak pesan sikit  main vespa ni pelaburan wang yang tidak menguntungkan pada masa hadapan, tetapi suatu bentuk kepuasan yang sukar diungkapkan. 

Picit link kat bawah sini kalau nak nyembang dengan kakak bawang!

Authorized dealer for scooter parts.
VESCOOT
+6012 7878654